Mudahnya Berus Gigi Anak Guna Ubat Gigi Buds Organics

Aku mau share review pengalaman menggunakan Ubat Gigi Buds Organic untuk anak-anak aku, lil' Iman dan lil' Amin.

First of all, aku mau share sedikit mengenai masalah kerosakan gigi lil' Iman dan aku harap moms di luar sana mengambil iktibar jangan terjadi masalah sebegini dengan anak-anak kecil moms ya.

Kesian sangat bila anak-anak kecil mengalami kerosakan gigi susu pada usia yang sangat kecil, seperti apa yang berlaku pada anak aku, lil' Iman.

Iman, dia mengalami gigi reput hampir pada semua gigi susunya pada usia yang kecil 3 tahun ya. Pereputan giginya terjadi sekitar dia berusia 2 tahun. 

Gigi susu Iman mula rosak akibat aku selalu membiarkan dia tidur dengan botol susunya. Dia tu kalau tidur selalu gigit puting botolnya, tidak mahu dilepaskan. Jadi lama kelamaan, susu formula melekat pada giginya, dan membuatkan giginya sedikit demi sedikit rosak.

Dan satu lagi, Iman paling sukar untuk aku beruskan giginya. Dia pasti sahaja mengelak untuk aku beruskan giginya. Dia mahu dia sendiri yang membersihkan giginya.

Pada usia lil' Amin 20 bulan. Dia kalau memberus gigi ada satu perangai baru suka betul makan itu ubat gigi. Jadi aku risau kalau makan ubat gigi akan bagi efek tidak baik untuk Amin.

Jadi, aku bercadang untuk tukarkan ubat gigi anak-anak dengan ubat gigi yang lebih selamat dan kalau anak-anak termakan (consumed) tidak akan memberikan sebarang kesan kepada mereka.

Buds Organics Dan Oral Gel



Seperti biasa, kita menggunakan kuasa Google untuk mencari ubat gigi yang selamat untuk kanak-kanak. Dan aku mahu ianya disahkan selamat dan mempunyai pensijilan (certification) yang sah menyatakan produk ini selamat jika termakan.

Jadi, selepas akuu Google, aku terjumpa satu produk ubat gigi organik iaitu BUDS CHILDREN TOOTHPASTE. 

Ianya menyatakan bahawa Buds Oralcare Organics adalah ubat gigi yang dirumus khas yang sangat ringan, selamat dan berkesan untuk mencegah rongga gigi dan menjaga kesihatan mulut yang baik untuk setiap peringkat perkembangan anak anda.

Ciri-ciri Buds Oral Care Organics Children Toothpaste 

Ia diperakui organik oleh ECOCERT, salah satu pensijilan organik paling ketat dan terkenal di dunia. Ia bebas bahan pengawet, untuk memberi anda ketenangan sekiranya ubat gigi ditelan secara tidak sengaja.

• Diperlukan pandangan yang seimbang tentang penggunaan Fluorida dalam pasta gigi, sementara masih memberikan alternatif sekiranya anda merasa anak anda belum siap menggunakan pasta gigi berfluorida.

• Ia memanfaatkan penemuan saintifik terkini mengenai keberkesanan bahan aktif tumbuhan dalam penjagaan mulut untuk mengembangkan rangkaian ubat gigi khas ini yang berkesan, selamat dan ringan.

Ianya mengandungi Aloe vera pada gel gigi digunakan untuk membersihkan dan menenangkan gigi dan gusi, dan sama berkesannya dengan ubat gigi yang berfluoridasi untuk melawan rongga, menurut jurnal klinikal, AGR. Akademi Pergigian Umum (AGD).

Juga ada formulasi Asid Phytic penting untuk hidroksiapatit, membentuk lapisan seragam yang sangat menghalang pembubaran kristal hidroksiapatit, dan bertindak sebagai:

• penghambat pembentukan plak oral
• perencat kariogenesis
• penghambat pembubaran enamel
• Gabungan sinergis tumbuhan ini aktif dengan Xylitol dan Fluoride semula jadi menjadikan ubat gigi sangat berkesan untuk melawan rongga gigi.

Buds Oralcare Organics Children Toothpaste dinyatakan tidak mengandungi

• Natrium lauril sulfat (SLS)
• Sodium laureth suphate (SLES)
• PEG • Propilena glikol
• Petrokimia
• Parabens
• Fenoksietanol
• Formaldehid
• Warna buatan
• Wangian buatan
• Bahan-bahan yang diuji pada haiwan
• Bahan-bahan yang berasal dari haiwan

Jadi selepas membaca sedikit informasi mengenai ubat gigi Buds Organic ni, aku teruja untuk membelinya dan berharap anak-anak aku suka dan dalam masa yang sama akan membantu menjaga gigi mereka dengan baik.

Walaupun gigi Iman semakin mereput, namun aku masih berusaha untuk memanjangkan jangka hayat gigi dia. Tetapi aku juga bersedia untuk berdepan dengan keadaan kalau-kalau nanti gigi Iman yang reput itu harus dicabut semuanya.

Dan untuk Amin, aku berusaha sebaik-baiknya untuk memastikan gigi dia berada dalam keadaan yang baik dan tidak mahu terjadi lagi semula gigi rosak seperti yang dihadapi Iman.

Untuk satu tiub kecil ubat gigi Buds Organic ini ialah sekitar RM37.90 (harga yang aku jumpa di Shopee) , dan kamu boleh sahaja terus langsung ke laman web Buds Organic sekiranya kamu risau untuk membeli melalui Shopee. Pilihan masing-masing kan.

Buds Organics Dan Oral Gel


Selain beli ubat gigi Buds Organic, aku juga beli sekali BUDS ORAL GEL FOR BABY.

Kegunaan Buds Oral Gel ini pula ialah untuk melindungi gigi yang baru tumbuh. Pada dasarnya, Buds Oral Gel ini paling sesuai digunakan untuk bayi yang baru sahaja tumbuh gigi, namun aku tetap beli juga untuk Iman dan Amin untuk kegunaan mereka berdua.

Kegunaan Buds Oral Gel For Baby

  • Sesuai untuk bayi 0-1 tahun
  • Mulailah membersihkan mulut dan gusi bayi anda dengan lembut menggunakan kain lembap menggunakan Bud Oral Gel Oral & Gusi Buds bebas pengawet dan bebas Fluorida.
  • Gel oral yang sangat ringan, berkesan dan diformulasikan menggunakan kombinasi jus daun Aloe Vera Organik dan Silika semula jadi untuk membersihkan gigi bayi anda dengan lembut.
  • Jus daun Aloe Vera organik juga melegakan sakit gusi bayi sementara Xylitol semula jadi melindungi gigi yang baru terbentuk.
  • Ia selamat sekiranya ditelan.
  • Bebas fluorida
  • Bebas bahan pengawet
  • Bahan semula jadi & bahan aktif tumbuhan
  • Organik yang diperakui

Jadi untuk moms yang ada newborn baby dan nak bersihkan gusi baby, bolehlah menggunkan buds oral gel ini, dan once nanti baby mula tumbuh gigi, just sapu lembut guna kain lembap gigi baby tu guna ni produk.

Macam dalam kes aku, selepas aku gosok gigi Iman dan Amin, aku akan sapukan sedikit oral gel ni di gigi dan gusi mereka untuk extra protection. Hanya cara ini sahaja yang aku boleh fikir untuk melambatkan proses pereputan gigi Iman.

Entry ini telah dikemaskini. Jemput baca kisah Iman yang terpaksa dicabut 11 batang gigi susu mengikut saranan doktor gigi.

Update : Kisah Iman Cabut 11 Batang Gigi Susu Yang Reput


Bahan-bahan Buds Oral Gel For Baby 

  • jus daun lidah buaya
  • gliserin
  • aqua
  • silika terhidrat
  • xylitol
  • gusi xanthan
  • parfum (Pertanian organik)
Buds Oral Gel ini kalau di Shopee, harganya sekitar RM28.00 untuk 30ml.

Buds Organics Dan Oral Gel



Sewaktu aku beli ubat gigi dan oral gel Buds Organic ni, aku beli melalui laman web mereka iaitu budsbaby.com (pembelian tahun 2016).

Dan harga untuk ubat gigi 50ml ialah RM32.90, manakala untuk oral gel pula ialah RM29.90 dan caj penghantaran ke Sabah ialah RM12.00. 

Jumlah pembelian dibuat ialah RM74.80. 


Namun, laman web budsbaby tu bertukar ke budskids.com buat masa ini, dan tiada sebarang produk yang boleh dibeli melainkan ianya hanya sekadar laman web informasi mengenai produk berkenaan.

Jadi, kalau yang nak beli tu, mungkin boleh mencari produk ini di drugstore terdekat anda atau Shopee.


Buds Organics Dan Oral Gel


Review Menggunakan Ubat Gigi Buds Organics Dan Oral Gel


Ya ini review ikhlas aku ya, bukan sponsored post.

Amin memang sejenis susah untuk berus gigi pasal dia sangat choosy dengan perisa ubat gigi. Ada sesetengah perisa dia ok terutamnya strawberry, ada yang dia memang tidak suka langsung.

Ada lagi some brands dia ok, some brands dia reject. Aku pun ndak taulah Amin ni jenis sensitif dengan 'rasa'. Kalau dia rasa (taste) benda tu ok, dia suka. Kalau tidak ok, memang buka mulut pun dia ndak mau!

Selepas seminggu guna produk gigi Buds Organic, Amin kalau dulu memang punya susah berus gigi, sekarang ni kalau berus gigi jak mesti dia happy buka mulut besar-besar.

Dia paling suka tu oral gel. Balik-balik dia mau aku sapu di gigi dia. Iman pula no hal. Dia ok sahaja dengan mana-mana ubat gigi, dan apa-apa perisa tapi dia paling suka strawberry dan epal hijau flavor.

Aku harap aku bolehlah jaga gigi Amin sebaik yang mungkin. Dia pun happy dengan produk ni. No more teeth caries for Amin lepas ni.

Manakala untuk Iman, so far so good dia berus gigi. No more macam dulu suka main main dan refuse mommy berus. 

Dan since kami selalu bagitau Iman yang gigi dia perlukan extra care dan dia kena protect gigi dia elok elok kalau tidak makin cepat buruk, dia sekarang ni sudah pandai minta diberuskan gigi kalau dia makan something sweet. Dan sebelum tidur , dia akan request untuk aku beruskan gigi dia.

so that's all review aku guna Oral Care Buds Organic ya moms.

semoga bermanfaat.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
https://t.me/bloggersmalaysia


Nota: 
Article updated : 26.11.2020
2nd republished : 14/10/2021
1st published : 20/7/2016

Post a Comment

5 Comments

  1. mesti anak-anak akan lebih suka gosok gigi. antara penyebab anak-anak ini tidak mahu gosok kerana takut ubat gigi pedas

    ReplyDelete
  2. mahal la juga harganya. tp hasilnya berkesan utk menjaga gigi kanak2. alah membeli menang memakai...

    ReplyDelete
  3. comel packaging sngt inviting budak2 mesti suka..
    amalan gosok gigi mmg kena instill dr kanak2 kcil.. baru jadi habit sihat sampai besar. bagusss diorang suka gosok gigi =)

    ReplyDelete
  4. comel packaging dia..sokay harga mahal as long untuk kebaikan pada anak2...

    ReplyDelete
  5. selamat digunakan tu paling penting. Ye lah kan, risau juga mereka termakan dan memberi kesan yang buruk. rasa toothpaste tu buat dorang lagi rajin menggosok gigi.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.