test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Sunday, 23 July 2017

Lipstick Festival by Lazada , beli lipstick pada harga serius murah !

hi there,

Lazada sedang mengadakan tawaran hebat LIPSTICK FESTIVAL bermula 21 Julai sehingga 31 Julai 2017. tawaran hebat gila gila ! bagi peminat lipstick seperti jenama Maybelline, Nyx, Loreal, Kylie Jenner, Laneige, etc korang bolehlah borong lipstick jenama kegemaran korang pada harga yang sangat affordable 💋👄💋




Bestsellers, hottest nudes, mattest matte .... rambang mata wei nak pilih yang mana satu .... semua nampak mcm best, macam nak borong semua ... ish, Lazada ni ... benci tau bila ada sale gila gila ni, mulalah rasa gelisah gatal nak membeli online 😂😂😂 ....

kalau nak terjah promosi lipstick festival Lazada ni, mrs pip siap bagk korang link terus ke landing page LIPSTICK FESTIVAL BY LAZADA 21 JULAI HINGGA 31 JULAI 2017, KLIK DI SINI ...

sekadar berkongsi, kot kot ada yang sedang mencari lipstick kegemaran korang kan ...

cheers.

Saturday, 22 July 2017

Senarai pemenang 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2'

hi there,

so, weekend ni buat apa? ada yang kerja, ada yang cuti kan ... just enjoy your day like any other day, hopefully :) ....

yeah! segmen bloglist sudah selesai, dan pemilihan pemenang pun sudah dibuat .... senarai bloglist bagi blog mrs pip untuk sepanjang Julai - Ogos 2017 ini dipilih menggunakan random.org sepenuhnya. dan sebelum tu, THANK YOU SO MUCH menyertai bloglist segment mrs pip hari tu 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2' ... 

ada followers lama ada juga followers baru, selamat berkenalan dgn yang baru, dan yang lama, stick with blog mrs pip 'ketat-ketat' ya :) .... so jom lihat, siapakah 10 yang terpilih itu!


BLOGLIST JULAI - OGOS 2017



dan memandangkan hari tu mrs pip ada bagitau kalau penyertaan melebihi 40, maka dua hadiah misteri akan diberikan, but since tidak mencapai target, maka hadiah misteri akan disimpan, NAMUN mrs pip memilih dua lagi penyertaan yang akan turut serta dalam bloglist ini ..... 

dan yang 2 dipilih untuk dimasukkan dalam bloglist ialah :-



dan sekiranya tiada segmen bloglist dibuat selepas bulan Ogos kelak, maka bloglist ini akan kekal sehingga segmen baru akan dibuat kelak T_T

tahniah buat 12 penyertaan yang terpilih! wish you ols rajin rajin update blog so that mrs pip boleh terjah blog korang selalu .... and happy blogging everyone. 

p/s: TUNGGU GIVEAWAY SEGMEN DARI MRS PIP YANG AKAN DATANG .... STAY TUNE TAU!

cheers.

Friday, 21 July 2017

Antara 8 perkara yang perlu di elak ketika hamil

hi there,



Sewaktu mengandung atau berbadan dua, wanita hamil sangat perlu berjaga-jaga dalam banyak hal. Terutamanya melibatkan kandungan yang dibawanya.
Dalam adat orang-orang lama sekalipun, terdapat pelbagai pantang dan larang terhadap wanita mengandung. Antaranya dilarang menganiaya binatang kerana bimbang terkenan pada bayi dalam kandungan nanti.
Pantang larang makan dalam mangkuk, kerana dikatakan anak yang lahir nanti akan kuat makan. Manakala suami juga terlibat dalam pantang larang itu, seperti tidak boleh memaku atau memahat sepanjang isterinya mengandung kerana bimbang anaknya nanti akan sumbing.
Namun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dan signifikannya setiap pantang larang itu. Selain itu, terdapat beberapa ‘pantang larang’ yang lebih bersesuaian dengan wanita Islam yang hamil. Antaranya adalah;

#1 – Melakukan Maksiat Dan Perkara Mungkar

Elakkanlah diri daripada melakukan apa-apa sahaja perkara mungkar dan dimurkai Allah.
Begitu juga dengan pasangannya, sebaiknya ketika kandungan inilah masa untuk menginsafi segala kesalahan lalu dan insaf untuk tidak mengulangi apa-apa kesalahan lagi.
Sebaliknya dekati Allah s.w.t dengan melakukan amalan soleh.

#2 – Mengabaikan Penampilan Di Hadapan Suami

Walaupun sedang mengandung, teruskanlah menjaga keterampilan apabila berada di hadapan suami.
Walaupun penat dan mengalami keletihan, isteri seharusnya mencuba untuk tidak kelihatan tidak terurus. Cukuplah kelihatan kemas jika tidak mampu untuk bercantik-cantik.

#3 – Makan Makanan Yang Tidak Bersesuaian

Hal terpenting bagi menjaga kandungan adalah pemakanan. Ketika mengandung, banyak makanan yang perlu dielakkan demi menjaga kandungan, antaranya makan yang berbisa dan bersifat tajam yang boleh memudaratkan kandungan.
Tambahan lagi jika kandungan itu masih diperingkat awal. Pasangan mestilah sangat berhati-hati dalam memilih makan yang sesuai. Antara makan yang sering dikaitkan untuk tidak dimakan oleh ibu mengandung adalah seperti nanas, ikan pari, tapai dan sebagainya.
Paling penting jangan merokok, termasuklah bagi pasangannya kerana perbuatan merokok akan menjejaskan kesihatan kandungan. Jadi, sentiasalah makan makanan yang berhasiat untuk kesihatan wanita hamil dan kandungannya.

#4 – Bercakap Hal Negatif

Sebut atau berkatalah hal yang baik-baik. Wanita hamil sebaiknya menahan mulut dan percakapan dari hal-hal yang buruk dan negatif.
Percakapan dari mulut ibu adalah doa, disebabkan itu sentiasalah berdoa yang terbaik dan kawal daripada mengumpat, mengeji, mengutuk, sebaliknya membasahi lidah dengan menyebut nama-nama Allah ataupun berselawat.

#5 – Mengidam Makanan Yang Tidak Baik

Setiap wanita mengandung pasti akan mempunyai keinginan yang tinggi atau mengidam. Ianya dibolehkan selagi kemahuan tersebut tidak terlalu melampaui batas sehingga tidak mampu ditunaikan dan tidak mendatangkan kemudaratkan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

#6 – Melakukan Amalan Khurafat

Terdapat banyak amalan khurafat yang dekat dengan wanita mengandung, terutamanya yang diamalkan semasa zaman dahulu. Kebanyakan amalan tersebut adalah seperti meramal jantina bayi, membetulkan kedudukan bayi dan sebagainya.
Bagi pasangan yang bakal mendapat cahaya mata haruslah bijak menilai sama ada perbuatan dan adat ni bertentangan dengan akidah atau atau sebaliknya.

#7 – Tidak Menjaga Aurat

Terdapat bahagian-bahagian pada tubuh wanita yang sedang hamil yang kadangkala agak menonjol, terutamanya pada bahagian perut.
Jadi wanita hamil seharusnya bijak dalam mengenakan pakaian yang bersesuaian yang boleh melindungi bahagian-bahagian tertentu agar tidak terlalu menampakkan bentuk badan. Pendek kata pilihlah fesyen pakaian yang yang longgar dan tidak singkat.

#8 – Makan Makanan Dari Sumber Yang Haram

Memastikan makan yang halal dan tiada unsur syubhah adalah wajib bagi setiap umat Islam. Jadi bagi wanita yang hamil juga wajib untuk memastikan makan yang dimakannya adalah halal dan baik.
Ini bukan sahaja untuk dirinya tetapi anak yang dikandungnya. Jangan sesekali mendekatkan diri dengan makanan dan minuman yang haram dan jika terambil maka bertaubatlah untuk tidak mengulanginya.
Setiap wanita yang hamil sudah tentu ingin memberikan yang terbaik untuk kandungannya. Sudah pasti tidak ada mana-mana ibu yang sayangkan kandunganya melakukan perkara-perkara yang bakal mengundang mudarat kepada bakal bayinya itu.
Malah setiap orang ada cara dan pemikiran tersendiri dalam memastikan kandungnya dalam keadaan baik dan sejahtera. Segala usaha, pastikan ianya masih bersesuaian dengan syariat agama, adat dan tidak berlebihan. Semoga bayi yang dikandung sentiasa dalam kebaikan dan dirahmati Allah s.w.t selalu. Aminn.
sekadar perkongsian semua semoga bermanfaat.

sumber asal : di sini

selamat berhujung minggu ....

cheers.

Taman Banjaran Crocker ... jom berehat sebentar T_T

hi there,


sekadar nak berkongsi ... hari tu Iman cuti, dia selsema ... kebetulan mr.Husband ada urusan di Taman Banjaran Crocker ... dan mrs pip pula ada banyak benda perlu diselesaikan di rumah. so, request mr.Husband untuk bawa sekali lil' Iman kalau boleh lah , so senang mrs pip nak siapkan kerja rumah ...

while lil' Amin pula stay at home dengan mrs pip saja ... bukan apa, lil' Iman ni, kalau mrs pip ada benda nak buat, dia paling suka mau 'tolong' ... tolong rosakkan kerja kerja mrs pip T_T ... alahai anak mommy sorang ni, suka kacau kacau kerja mommy kan ... hah! kan terpaksa mommy request daddy jaga lil' Iman ....

lil' Amin tu pula lain, kalau mrs pip ada kerja, dia tak kacau sangat, setakat tengok tengok saja .. kalau mrs pip minta tolong, lil' Amin akan tolong betul betul ... "Amin, tolong lap pinggan" ... sure dia lap semua pinggan, siap susun elok elok ... cenggitu lah ...

kalau lil' Iman pula "Iman, tolong lap pinggan" .... dia ambil kain untuk lap, setakat satu dua pinggan dia lap, pinggan pinggan lain tu dia susun susun jadikan permainan, kalau cenggitu, bila nak siap kerja mengelap pinggan ni ...

jadi, bila mommy busy, and kebetulan ada daddy , so memang daddy lah yang akan melayan karenah si lil' Iman ni ... tu sebab, asal daddy outstation beberapa hari, mesti lil' Iman akan tanya "mommy, bila daddy mau come home?" .... bukan sekali tanya, dalam sehari tu, berkali kali lil' Iman akan tanya, hurmmm geng karas daddy lah katakan ....

apapun, hope lil' Iman membesar jadi anak yang baik, sayang mommy daddy and lil' Amin ok ...

kalau sesiapa yang tidak tahu Taman Banjaran Crocker tu di mana, mau bagitau yang taman tu terletak di Batu 8, Jalan Kimanis - Keningau ...

ada cafe baru di buka , kalau kalau melintas jalan tu, bolehlah singgah minum kat cafe tu T_T ... sesiapa yang mencari tempat sembahyang, cafe tu pun ada surau juga, dan tandas awam pun tak jauh dari cafe tu. so bolehlah korang 'membuang' apa apa yang perlu sebelum meneruskan perjalanan ...

mrs pip kalau bab bab road trips ni, antara perkara yang mrs pip mesti peka ialah PIT STOP di mana boleh makan, solat dan nak 'membuang' tu ... kan namanya nak jalan jauh kan ... mestilah tau cari tempat tempat rehat cenggini, lagi lagi toilet WAJIB bersih ...

next time mrs pip kongsi lagi cerita Taman Banjaran Crocker ni ya, suka lah tempat ni ... dingin sejuk ... tu je lah ceritanya ... thanks for reading ...

cheers.

Promosi harga NOVEL MELAYU murah gila-gila dari Karangkraf Mall

hi there,

untuk peminat novel melayu, Karangkraf tengah HOT SALE , satu novel semurah RM10.00 satu ... korang terjah la KLIK LINK DI SINI tu .... sale pula baru tau hari ni LAST! beli secara onine sahaja.


kalau rasa rasa nak cari novel lagi murah, hah ada juga novel yang tengah HOT SALE semurah RM5.00 satu ...eeeiiiiiiiiii, mcm semua nak diborong! KLIK SINI kalau nak tengok novel murah murah ni ...


sekadar perkongsian, manatau ada yang tengah cari novel murah2 kan ...

cheers.

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY

hi there,

join segmen GA pula, manatau ada rezeki kan :) .... BEAUTILICIOUS GIVEAWAY

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY 17-27 JULAI 2017



JOIN BEAUTILICIOUS GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk BEAUTILICIOUS GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.

wish me luck.

cheers

Thursday, 20 July 2017

Photobook kini memperkenalkan LITTLE CREATURES ; the new baby book + promo awesome sepanjang Julai 2017

hi there,

siapa peminat PHOTOBOOK? alaaaa yang boleh buat album bergambar sendiri tu .... lepas edit mengedit design mendesign, dah siap korang boleh upload kat photobook design korang dan tunggulah ketibaan cetakan album korang dengan penuh debaran ...

eh, tapi sebelum tu, kena beli Voucher Code (VC) Photobook dulu ok, coz nnt once dah upload, time nak purchase tu korang masukkan VC yang korang dah beli tu ... why VC kena beli awal awal pula? kan photobook dah kata 'BUY NOW CREATE LATER' ... VC ni korang beli time ada promosi, coz harga time ada promosi memang berbaloi berbanding harga asal.

nak tau bila ada promosi? korang boleh jer masukkan email korang kat mailing list di laman web photobook tersebut, so segala latest nesw mengenai photobook tu korang akan tau T_T



Bulan Julai ni, photobook memperkenalkan tema terbaru mereka iaitu 'LITTLE CREATURES'.... eiiii, geram tengok design cute giler ni, sesuai untuk yang nak buat album bergambar untuk anak anak kecil korang T_T ....


atau maybe anak anak korang dah besar, tapi gambar gambar baby banyak korang simpan kat laptop atau smartphone, so why not pilih gambar kegemaran korang, dan buat album bergambar ... boleh letak caption yang awesome lagi superb, so lagi sepuluh tahun akan datang, walaupun anak anak dah semakin besar waktu tu, still ada kenangan album bergambar tu kan dan caption yang korang buat tu akan membawa korang kepada kenangan lama sewaktu membesarkan your baby kan ...



banyak yang korang boleh buat di photobook ni ... bukan setakat album bergambar, tapi boleh buat barang lain juga, seperti Baby bags ... boleh buat gift untuk your baby 1st year birthday party kelak!
sekarang ni ada promo gift bags dengan code promo PRECIEUX , dapat 55% diskaun. dan banyak promo lain lagi, mrs pip dah siap siap include photo with all the promo code di bawah ni ...

korang nak pilih buat readybook, bingkai bergambar, notebook, mug, coaster atau handphone casing pun boleh ...





jadi, yang berminat nak design sendiri koleksi photobook untuk kenangan anda bersama anak kecil anda, jangan lupa guna promo code tau untuk dapatkan harga yang awesome. dan lagi satu, bolehlah pilih design 'LITTLE CREATURES' juga :) ...

nak terjah lawan web rasmi photobook, boleh layari PHOTOBOOK.COM.MY ....

daftar akaun anda terlebih dahulu, dan kemudian bolehlah mula menggunakan photobook ni ... satu lagi, nak tengok apa yang mrs pip dah kongsikan entry2 tentang photobook sebelum ni, boleh lah KLIK DI SINI.

p/s: kalau ada pertanyaan tentang photobook ni, bolehlah letak komen di ruang komen di bawah, insyaallah mrs pip akan jawab pertanyaan korang nanti ...

sekadar perkongsian, harap bermanfaat.

cheers.

Segmen berakhir + Senarai Penyertaan 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2'

hi there,

so, ini kali kedua mrs pip menjayakan segmen bloglist "I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2' ... segmen ni bermula pada 3 Julai sehingga 20 Julai 2017 , dan 10 pemenang bertuah dicari untuk tersenarai dalam bloglist mrs pip untuk Julai - Ogos 2017.

selain mencari 10 pemenang bloglist, mrs pip juga menyediakan 2 HADIAH MISTERI sekiranya melebihi 40 penyertaan! so apa lagi, jom ramai ramai pakat pakat ajak kawan kawan blogger kalian untuk join segmen bloglist mrs pip ni :)... manatau anda yang bertuah T_T


nak join segmen ni, boleh KLIK DI SINI untuk check syarat penyertaan !


senarai penyertaan 
"I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2" ....

6. http://happinessin-me.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html (blog has been removed - update 20/7/17 4.40am)
16. http://www.sheilainspire.com/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
17. https://belogsjm.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2-20julai2017.html
18. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
19. http://faizzahamir.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
20. https://afifahaddnan.blogspot.my/2017/07/roll-on-i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
21. http://jombercontest.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
22. http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
23. https://cikfasihaa.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
24. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
25. http://www.adianiez.com/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html 
26. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html 
27. http://www.ceritahuda.com/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html

pengumuman pemenang akan dibuat pada 22/7/17 insyaallah ... buat masa ni, apa kita kita berblogwalking dulu ... and thanks join segmen mrs pip ni ... dan yang join tu, sila semak blog entry link korang ada masuk ke tak dalam senarai penyertaan ni T_T

and thanks semua yang join :)

cheers.

Final Call Today 20/7/17 @ 2pm .... 'I am bloglisted by mrs pip #2'

hi there,

klik banner untuk join


hari ni hari terakhir bloglist segment ' I am bloglisted by mrs pip #2' .... setakat ni belum cecah 30 penyertaan, nampaknya target segmen kali ni tidak mencapai target ...

mrs pip target 40 penyertaan, dan 10 blog dipilih secara rawak untuk mengisi bloglist sepanjang Julai - Ogos tahun ni, dan 2 penyertaan akan dipilih secara rawak untuk menerima hadiah misteri dari mrs pip T_T ...

since penyertaan takkan sampai target, besar kemungkinan hadiah misteri tu akan disimpan dan dibawa ke segmen giveaway pula yang akan tiba kelak, insya allah T_T ....

sesiapa yang nak join lagi, still ada masa sehingga jam 2 petang nanti, dan insyaallah pengumuman akan dibuat pada 22/7/2017 ni ... dan mereka yang dah join segmen ni, mrs pip ucapkan terima kasih coz memeriahkan segmen ni, dan tunggu pengumuman nnt ok :)

love you ols.

cheers.


Terima kad raya daripada KasihkuAmani

hi there,

yeah, kad raya pertama ! selepas lebih 10 tahun tidak mendapat sebarang kad raya :( .... nampak sangat pemberian kad raya semakin dipinggirkan ... kalau dulu, banyak kedai yang jual kad raya kan, even small kedai runcit pun jual ... tapi nowadays, hurmmmm .... memang sukar mencari kad raya kecuali kat kedai kedai buku atau hypermarket yang ada stationery section ...


kad raya ni mrs pip terima selepas menang peraduan hari tu kat blog kasihku amani  .... kad raya ni lama dah sampai, cuma baru hari ni berkesempatan nak buat entry .. comel ja kad raya ni , nak simpan buat koleksi + kenang kenangan ... bukan senang nak dapat kad raya daripada rakan blogger tau ... 

klik banne untuk join :)


cheers.

Wednesday, 19 July 2017

Menjadi 'cikgu 1 jam' ... T_T

hi there,

bulan lepas (19/6/2017), mrs pip berkesempatan mengajar di playschool lil' Iman selama satu jam. walaupun masanya agak singkat cuma sejam sahaja, tapi mrs pip happy sangat dapat mengajar anak anak kecil ni ... seronok T_T

mrs pip mengajar tu disebabkan mrs pip kekurangan 1 jam kredit untuk bulan Jun. seperti sedia maklum, setiap bulan kitorang wajib kumpul 4jam kredit.

since mood cuti raya dah datang, mrs pip cuma ada 6 murid sahaja (4 tahun), 
walhal seharusnya ada 12  :)

dengan bertemakan tumbuh-tumbuhan untuk bulan Jun, jadi mrs pip berfikir nak mengajar apa untuk anak anak kecil ni ? .... macam macam idea timbul, tapi mrs pip nak mengajar sesuatu yang anak anak ni seronok nak belajar dan mungkin boleh mereka gunakan pada masa depan, sesuatu yang praktikal.

fikir punya fikir, mrs pip decided nak mengajar anak anak ni membuat taugeh. yeah! seronok anak anak bila mrs pip tunjukkan taugeh yang mrs pip buat siap siap di rumah ... masing masing mahu meneka apakah itu, tapi satu student pun tak tau jawapan :( .... termasuklah lil' Iman.


lepas mrs pip demo mcm mana untuk buat taugeh di dalam cawan, mrs pip nak setiap sorang juga turut serta buat taugeh. so, masing masing ambil giliran untuk mrs pip ajar mcm mana nak buat taugeh tu ... wah! teruja anak anak ni semua ....

bila semua dah siap buat taugeh tu, masih ada masa berbaki 30 minit. takkan setengah jam sajakan nak mengajar anak anak ni? so, sambung lagi pelajaran bersama mrs pip pagi tu T_T


khusyuk kan anak anak ni melihat tablet ... muehehe .... kalau dulu dulu cikgu kita guna blackboard untuk mengajar, tak pun 'playing card' nak tunjuk sesuatu , since teknologi dah canggih manggih, jadi cara pembelajaran pun berbeza of course ....

mrs pip dah siap siap download siri pengenalan buah-buahan dan sayur-sayuran. jadi nak minta anak anak ni namakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dilihat di atas paparan skrin tablet mrs pip T_T ... boleh tahan juga anak anak ni meneka, ada yang betul ada yang salah.

yang seronoknya, semua anak anak participate ... tiap kali mrs pip tanya "ok, ni gambar apa?" , wah semua berebut mau menjawab, salah atau betul tu belakang kira, yang pasti mereka semua nak menjawab ....

mrs pip tunjuk gambar ubi kentang dan tanya "ni apa?"  .... ada anak tu jawab "saya tau , saya tau ... itu TOPATO " .... cute sangat anak anak ni ... bila tunjuk gambar tomato pula , dorang jawab "apple" ... waduh! ....

sejam tu kan cepat sangat berlalu, macam tak cukup buat mrs pip ... rasa macam nak mengajar lagi nnt, insya allah ... thanks to all my 1 hour kids; casey,, huzaimi, anem, wawa, afif, and my lil' Iman.

few days later, cikgu pun sharekan gambar taugeh mereka :) .... menjadi lah juga ....tapi gambar tu mrs pip terpadam tanpa sengaja ... huhu.

yang ni taugeh kurus lil' Iman yang dibawa balik ke rumah seminggu kemudian selepas sesi menjadi 'cikgu 1 jam'  T_T



esok last day :) 20/7/17
jom join, klik banner tu.

cheers.

Esok hari terakhir segmen 'I Am Bloglisted by Mrs Pip #2' + Contest mudah SGShop di FB dan IG

hi there,



esok 20/7/17 hari terakhir untuk join bloglist segment mrs pip T_T .... mrs pip nak bloglisted 10 senarai blog terpilih secara rawak untuk duduk dalam carta bloglist sehingga bulan Ogos tahun ni, dan ................. sekiranya melebihi 40 penyertaan, ada hadiah misteri diberikan kepada 2 pemenang bertuah T_T .....

sehingga hari ni tak sampai lagi 40 penyertaan :( .... so apa kata jom memeriahkan bloglist segmen mrs pip ni ... syarat pun senang jer nak follow , muehehe.

syarat - syaratnya:

1/ join blog mrs pip 
2/ join Google+ mrs pip ....

tu saja 2 syarat mudah ....

yang optional nak join ok, tak join pun ok , follow twitter mrs pip @mrspip18

mau join? Klik BANNER DI ATAS


satu lagi, mrs pip nak sharekan contest mudah SGShop di FB dan IG .. jadi sesiapa yang sudah membeli belah di SGShop tu dan parcel sudah diterima, better korang join contest ni, kot kot rezeki kan .... hadiah pun lumayan T_T

mrs pip tak sempat la kot nak join contest ni coz barang SGShop baru order last 2 days, sea shipping pula tu, mau sebulan la kot baru sampai .... wish you ols luck join contest ni.

eh, tapi jgn lupa join bloglist segment mrs pip ya ... esok last day 20/7/17.

cheers.

Monday, 17 July 2017

Goodbye Heavenly Mommy :(

hi there,

*baru ada kekuatan untuk menulis tentang 3rd pregnancy mrs pip*

how are you doing everyone? hope you ols doing fine and still in hari raya mood. wish you ols happiness and always healthy T_T love ya.

mr.Husband tanya kalau mrs pip ada sediakan nama untuk our baby in the tummy once tahu mrs pip pregnant ... mrs pipi gelak dan bagitau mr.Husband still terlalu awal untuk diberikan nama, but YES , I have the name...

mr.Husband tanpa tunggu mrs pip tanya kalau dia pun ada nama untuk our coming baby ni, dia terus bagitau *tak surprise langsung* .... mr.Husband said,"NAMI" .... what? what again? ... mrs pip risau silap dengar ke apa ... "Ya, nama dia NAMI , N-A-M-I" , siap eja lagi tu.

tarik nafas panjang ... "why NAMI?" ... mrs pip tanya.

mr.Husband bagitau , tu susunan huruf yang diterbalikkan dari nama IMAN ... nampak tak melodi nama anak anak mrs pip ni?

IMAN
AMIN
NAMI (soon)

kalau lepas tu maybe
MINA
NAIM

hurmmmm

mr.Husband cakap lagi "ingat waktu kita pergi Seoul, kita sempat singgah di Pulau Nami? tempat tu menarik" mrs pip angguk angguk ... mestilah ingat, gara gara Pulau Nami tu lah mrs pip berkeras nak honeymoon di Seoul, walhal mr.Husband beria-ia nak pergi New Zealand waktu tu, muehehe ... I is Jang Keun Suk noona + Park Shin Hye unni kan, so harus lawat tempat dongseng ni ... dan semua gara gara winter sonata tu juga, mrs pip beria-ia mau pigi Seoul.

"saya suka nama NAMI tu" ...
"kebetulan terbalikkan saja huruf nama IMAN" ...
"jadi, what's your choice pula untuk baby ni?" .... tanya mr.Husband ingin tahu.

hehe "I have this name, tapi sesuai ka tidak aaaa, tapi I just like this name so MUCH!" ...
mr.Husband mcm ndak sabar mau tau .... "nama yang saya pilih ialah HEAVENLY"

HEAVENLY - ejaan kalau babygirl
HEAVENLEE - ejaan kalau babyboy

"why HEAVENLY pula?" tanya mr.Husband.
"biasanya orang letak nama JANNAH, maksudnya syurga, so saya letaklah HEAVEN, pun maksud sama juga kan, tapi tambah 'LY/LEE' dihujung" ...
mr.Husband cakap, sedap nama tu ...

NAMI HEAVENLY (kalau girl),
NAMI HEAVENLEE (kalau boy) ....

p/s: HEAVENLY adalah nama watak dalam novel HEAVEN, satu satunya novel yang paling mrs pip suka setakat ini.

sebelum tu, nak share post terdahulu about this 3rd pregnancy:-

I am PREGNANT kali ke-3

time dapat tahu pregnant kali ke-3 ni, mrs pip HAPPY sangat, syukur sangat pada Allah, memang dah lama menanti untuk mengandung lagi selepas lil' Amin T_T

10 weeks of pregnancy and I have SPOTTING


20/6/2017 :- time dapat SPOTTING ni, memang risau ... kebetulan mrs pip ada 1st check up di klinik ibu dan anak, and nurse cakap tu perkara biasa , langsung tak refer mrs pip ke doktor :( ...

My 1st scanning + 5 days spotting


22/6/2017 :- dua hari selepas temujanji di klinik ibu dan anak, mrs pip pergi poliklinik untuk buat scanning. risau spotting masih berterusan :( ... so, harus ada effort sendiri nak dapatkan 3rd opinion.

lepas doktor dah scan, lega sikit bila nampak kantung dalam rahim, cuma doktor cakap bukan 10 weeks pregnant, just 6 weeks, dan jantung baby pun sukar untuk dilihat. ok fine. kantung still dalam rahim ...

tawakkal dan redha.

25/6/2017 :- raya pertama tu, mrs pip tak sihat, lemah tubuh badan. nak bergerak pun mcm tak larat, so tidur sepanjang hari while semua orang berhari raya. dan spotting deras laju ja .. dah mcm tak spotting, macam menses pula dah.

6 Julai 2017 :- tarikh temujanji doktor dan arahan untuk ambil darah semula untuk ujian Hepatitis B. temujanji untuk jumpa doktor since ujian darah menunjukkan mrs pip confirm ada Hepatitis B (ujian pertama) tapi doktor nak mrs pip buat ujian semula untuk pengesahan , so pergilah buat ujian darah lagi. lepas tu mrs pip bagitau masalah spotting dgn doktor, tak tunggu lama, doktor terus scan rahim nak tengok perkembangan baby.

doktor scan lama juga, muka doktor tu dari happy jadi unhappy tiba tiba. then siap panggil 2nd doktor lagi, nak confirm tengok rahim. monitor ultrasound tu menghadap doktor, so mrs pip tak nampak apa ... then doktor pusingkan monitor dan tunjuk "ok mama, ini rahim awak, can you see?" ... "ya", balas mrs pip pendek ...

"yang ini, kantung besar ni, ialah pundi kencing awak. yang kat bawah ni ialah rahim awak, but now rahim tu kosong" ... "nothing is there" ...

gedebuk rasa mcm jantung nak jatuh.

"what doctor? you mean the sac is not there?" ....

"hurm, kita buat UPT lagi ya mama. nanti kita sahkan dari UPT tu" ...

so pergi makmal lagi, buat UPT ... dapat result NEGATIVE! .... then bagi result tu kat doktor.

CONFIRMED.

I AM MISCARRIAGE.


..... mr.Husband was away. biasanya asal pergi klinik untuk check up, mr.Husband tak pernah tiada, cuma kali ini mr.Husband betul2 tak dapat nak temankan. pada hari mrs pip disahkan MISCARRIAGE, pada hari tu lah mr.Husband tiada di sini .....

lepas dah settle semua dengan doktor, dan syukur tak perlu buat dnc nak cuci rahim, mrs pip masuk kereta. lil' Amin tengah tidur di kerusi sebelah (waktu sepanjang di klinik, lil' Amin was with me) , tak dapat nak tahan airmata, laju mengalir.

YES, I AM SAD.

petang tu, mr.Husband balik, 1st thing mr.Husband tanya "how was your day in the clinic?" ... tengok muka mr.Husband, slow ja mrs pip cakap "baby gone" ... "miscarriage" .... "I am so sorry" .... lepas tu terus keluar air mata lagi.

"it's ok, jangan sedih ok. dia dah nak pergi, kita tak dapat halang kan. semuanya tu kehendak yang maha esa" ... mr.Husband hugged me tight ....

"nanti, ada bidadari Heaven tunggu kita di syurga" .... kata mr.Husband lagi.


to my HEAVENLY(I hope we have a baby girl) , will mommy see you in heaven?.

p/s: thanks kepada semua yang mendoakan yang baik baik tentang kandungan mrs pip tempoh hari. dan thanks kepada yang bertanya how is my spotting hari ... thanks semua ... and doakan mrs pip mengandung lagi ya  ....

semua ujian yang datang akan menjadikan kita insan yang lebih tabah. tawakkal dan redha, semuanya sudah tertulis. semoga apa yang hilang akan digantikan dengan sesuatu yang lebih indah kelak.

have a nice day, and may Allah bless you all.

cheers.

Sunday, 16 July 2017

Mengenai Al-Quran ; permata yang kita perlu ketahui

hi there,

terbaca perkongsian yang menarik di blog cik mialiana mengenai al-quran. hebatnya al-quran yang mrs pip tidak tahu, in fact banyak benda yang mrs pip tidak tahu ttg al-quran, setakat membaca dan menghafal beberapa surah lazim sajalah :( ... lepas ni berusaha gigihkan diri untuk belajar banyk lagi ttg al-quran.



apa kata hujung minggu macam ni, tiada apa yang nak dibuat sangat, kita berikan sedikit ruang untuk diri sendiri untuk bersama al-quran. dan semoga ianya menjadi kebiasaan pada diri kita untuk sentiasa memperuntukkan sedikit ruang waktu untuk bersama al-quran.

dan boleh baca al-quran juga secara online di quran.com 




sekadar berkongsi di sini untuk pengetahuan bersama, semoga bermanfaat semua.

p/s: still belum berjaya menghafal surah al-kahfi dan surah al-mulk.

cheers.

Saturday, 15 July 2017

Sarapan ringkas; Bread Burger + Susu Strawberry

hi there,

pagi pagi bangun hujan la pula , hujan penuh rahmat hendaknya .... sebelum tu nak ucapkan takziah kepada mangsa kebakaran pasar di Tawau, dan terkini terima berita kedai perabot Zakaria di Bingkul Beaufort pula terbakar semalam :( ... sedih bila mendengar berita macam ni.

mrs pip juga pernah mengalami rumah terbakar suatu ketika dulu, memang ujian untuk mrs pip sekeluarga. habis semua dijilat api, musnah. tiada lagi rumah yang disayangi untuk dijadikan tempat berteduh, namun mrs pip yakin setiap kehidupan insan akan diuji oleh Allah SWT, cuma setiap ujian antara kita berbeza-beza.

dan bila diuji, hanya SABAR sahaja yang jadi peneman. sabarlah, pasti ada hikmah semuanya, dan pasti Allah akan akan memberikan rezeki yang lebih baik selepas itu.

dah bangun bangun pagi mcm ni, hari Sabtu pula kan, yang jadi mak-mak mcm mrs pip ni, of course bangun pagi, anak anak di rumah (mr.Husband still in Keningau), kena fikir nak breakfast apa ... korang dah breakfast belum ? ....

jom breakfast yang simple simple , tiada idea mau masak pagi pagi ni ...


this few days tekak mrs pip ni asyik nak makan burger burger dan burger , tapi I tell you ols, di Membakut ni jangan berangan nak ada mcD, KFC, BK dan seangkatan dgnnya .. even gerai burger ramly tu pun tiada ... mrs pip tak nampak ada sesiapa buka gerai burger kat sini ... nak makan burger, kena pergi either papar or beaufort ..but I is malas driving kalau mr.Husband tiada. duduk rumah lagi baik.

jadi, eloklah buat burger versi mrs pip ... guna apa yang ada....

since ada bread, timun (yang di tanam sendiri), mayonese dan thai sauce .... semua dah cukup kecuali daging burger. so, mrs pip kluar beli daging burger ramly kat supermarket dekat rumah. dah ada semua bahan, jadi bolehlah kita buat BREAD BURGER ...

burger sekarang, ada mcm mcm namakan ... hari tu kebetulan mrs pip beraya di KK (Kota Kinabalau) teringin nak try LAVA BURGER BAKAR kalau tak silap, tapi restoran tu tutup sempena raya :( , hurm ... tiada rezeki, may be nextime.


nak buat BREAD BURGER ni senang saja ... bread tu ikut suka korang nak buat mcm mana, biasanya mrs pip akan 'roasted' kan bread tu atas kuali leper. sapu sedikit mentega dan roasted-kan sekejap ... then masak daging burger dulu, dah masak daging burger ni, buat pula telur mata kerbau. dan jgn lupa hiris timun nipis nipis ...

dah siap masak semua bahan, jadi BREAD BURGER dah boleh dibuat ....

lapisan bread burger mrs pip:-

bread sapu mayonese +
letak daging burger bersama sedikit thai sauce +
letak bread sapu sedikit mayonese +
letak telur mata dan timun bersama sedikit thai sauce +
letak bread

p/s: kalau tiada thai sauce, boleh letak chilli sauce , terpulang korang nak letak sos apa sebenarnya ... kat rumah mrs pip cuma ada thai sauce dan mayonese T_T kalau korang nak lapis lapiskan lagi bread burger korang sampai nak jadi sebesar BIG WHOPPER tu pun , ikut suka masing masing ... mcm mrs pip ni, 3 keping bread dah cukup :) ...

bolehlah pekena bersama minuman panas, or minuman kegemaran korang. kebetulan dalam peti sejuk mrs pip ada strawberry milk, jadi layan susu ni sajalah ....

tu saja sarapan ringkas surirumah di pagi Sabtu nan indah T_T

cheers.

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com

hi there,

jom bersegmen T_T


klik banner utk join, segmen tamat pada 19/7/2017.

cheers.

Friday, 14 July 2017

Dengan siapa saya tak boleh bersalam ?

hi there,

sedikit perkongsian.

thanks mama maszull yang sharekan ni kat entry postnya terlebih dahulu ....


selalu terbabas bab bab salam salam ni kan, semoga kita saling ingat mengingatkan ....

semoga mendapat manfaat semua T_T

iklan sekejap
jangan lupa join segmen bloglist mrs pip, tarikh akhir 20/7/17
klik banner untuk join T_T


cheers.

Thursday, 13 July 2017

Tisu basah; must have things dalam handbag Mrs Pip

hi there,

ok, nak kongsi sikit tentang apa yang korang boleh buat dengan wet tissue ... kalau yang jadi mak mak ada anak kecil mcm mrs pip ni, sure akan selalu bawa wet tissue ni ke mana jua kan ...

one of must have things dalam handbag mrs pip kan ialah WET TISSUE ! wet tissue ni sangat penting WAJIB dibawa kalau berjalan dengan our lil' armies ni ... lagi lagi kalau road trips yang jauh ... rasanya, semua tahu kan penggunaan wet tissue ni ...


korang kalau ada tisu basah, korang guna ke tak, or just simpan buat beratkan beg? ... mcm mrs pip ni kan, ish ... sukar kalau berjalan tiada tisu basah ... kalau road trips jauh jauh tu kan, biasanya anak anak mrs pip once dah lapar nak kudap kudap, bukan boleh tunggu nak pit stop ke apa, so dorang makan dalam kereta ...

layan ja lah anak anak makan dalam kereta, so tisu basah ni, selain akan digunakan untuk wipe mulut dan tangan dorang lepas makan, juga akan digunakan untuk bersihkan mana mana makanan yang tersepah di dalam kereta T_T

anak anak mrs pip ni, terutamanya lil' Iman, suka sangat nak meng-explore benda ... kalau kita bawa dia berjalan jalan kan, lagi lagi dalam shopping mall, dia suka lah tu nak sentuh itu ini, kalau kita kata jangan lah sentuh , lagi dia nak sentuh sentuh ... so wajib ada tisu basah untuk bersihkan tangan lil' Iman tu ... kita bukan tau, benda yang dia sentuh tu bersih ke tak kan ... kot kot bekas tikus kencing, or cicak berak or lipas bertelur ... eiiii, I is suka fikir benda benda macam ni tau.

selain tu, kalau dah drive road trips kan, kadang kadang mr.Husband rasa mengantuk, so guna tisu basah ni untuk lap muka mr.Husband, so bolehlah rasa segar sedikit. tau tau lah kan, dah duduk lama lama dalam kereta fully aircond ni, kulit wajah akan kering kan, then udara air cond tu nyaman nyaman gitu, memang membantu buat kita rasa mengantuk ... so, segarkan wajah dengan tisu basah :)


satu lagi, kalau masuk public toilet ... I is no idea, kenapa ramai pengguna tandas awas suka nak mencangkung kat atas tandas duduk tu .. habis semua tepi tepi mangkuk tandas tu bertanda tapak kasut kan ... so, siramkan dulu tepi tepi mangkuk tandas tu, then dengan kuasa wet tissue, akan hilangkan kotoran kat tepi tepi mangkuk tandas tu, so bolehlah guna mangkuk tandas dengan penuh keselesaan ... korang jangan gatal2 nak mencangkung kat tandas duduk tu, bahaya ... boleh pecah silap haribulan ...

ada masanya, mrs pip bawa anak anak makan di luar ... kadang kadang tu, meja makan kat restoran tu tak bersih sangat kan, still ada kotoran makanan sedikit ... jadi, tak perlu nak panggil pelayan minta bersihkan meja, guna wet tissue sajalah .... muehehe ....

korang ada apa apa tips tak nak kongsi tentang wet tissue ni? share kan kat dalam ruang komen di bawah , ok ....

sekadar untuk berkongsi, semoga bermanfaat ....

iklan sekejap
jom join segmen bloglist mrs pip, tarikh tutup 20/7/2017
klik banner untuk join T_T


cheers.

Mini Giveaway : Duit Raya

hi there,



jom kita bersesgmen ramai ramai ...

klik banner untuk join :)

cheers

Mek Zumbie's July PREOWNED Giveaway!

hi there,

jom bersegmen :)


klik banner utk join :)


kalau tanya lah kan, mrs pip nak apa dari giveaway ni, hah! ni yang mrs pip nak, beg laptop ... since beg laptop mrs pip berkarat gila gila (ya lah kan, laptop dah usia 8 tahun), so kalau dapat rembat beg laptop baru, best juga kan ...

now kalau usung laptop, memang main pegang mcm tu, segala cable masuk handbag ... muehehe ... kesian laptop tidak berbaju :( ... so mek, mai bagi satu beg kat cheq ya ...

wish me luck.
cheers.

MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2

hi there,

jom bersegmen :)


klik banner untuk join T_T

cheers.

Wednesday, 12 July 2017

Breakfast di McDonald ; Raya ke-4

hi there,

cerita raya sikit.

selepas check out HOTEL YAHO, dah raya ke-4 dan masa untuk balik ke Membakut. pada mulanya plan nak ke Karamunsing untuk mencari barang, tapi terpaksa dibatalkan kerana mr.Husband rushing ke Keningau pula petangnya nnt selepas hantar kitorang balik :( ... but it's ok, beli barang tu still boleh hold lagi.

since Hotel Yaho ni tidak menyediakan sarapan pagi, jadi mrs pip and the gang pun kenalah breakfast di luar, fikir punya fikir nak makan di mana, so we end up makan sarapan di McD , yeah! terus rasa nak makan bubur mcD, I like.


seawal jam hampir 9am, mcD dah dibanjiri manusia ... ingatkan tak ramai orang nak breakfast kat mcD, rupa-rupanya tekaan mrs pip silap :( .... apasal ramai org sangat ni? ....

berbarislah mrs pip nak order makanan ... dah siap2 plan nak makan bubur, tapi bila sampai giliran mrs pip, counter girl bagitau bubur memang tiada untuk hari tu ...banyak banyak hari, hari time mrs pip mengidam nak bubur mcD, hari tu lah bubur TIADA! grrrr ... 

jadi tukar menu lah pula .. mrs pip pilih 2 set chicken mcmuffin with egg dan 2 set brekkie chicken with cheese wrap  , untuk semua set ni disediakan setiap satu hash brown + hot drinks , then add on 2 keping cakoi ... 

do you guys think the kids will enjoy their breakfast in mcD? ... mula mula bagi our lil' armies makan hash brown, seorang sekeping ... yum yum yum, laju ja budak berdua ni makan, then bagi pula brekkie wrap untuk dorang ... 

brekkie wrap yang dibuka kemudian terpaksa dibungkus balik :(

lil' Amin : "mommy, errr, ndak mau lah"
me :"why? Amin makan ok, sedap ni"
lil' Amin : "mommy .... uhm, ndak sedap"
me : paused

me (sambil bagi brekkie wrap) : "Iman, finish your breakfast" 
lil' Iman : "mommy, Iman tak mau ni, Iman mau yang inilah mommy (tunjuk hash brown)"
me : "yang ni ndak mau? (tunjuk brekkie wrap)"
lil' Iman : "tidak mau lah mommy ... uhm, mommy la makan"
me : "not sedap kah?"
lil' Iman : " sedap juga ni mommy (pandai jaga hati mommy), tapi Iman tak mau"
me : looking at mr.Husband , paused.

bungkus bawa balik tu brekkie wrap,
tak pasal pasal ngap ngap masuk perut daddy and mommy

haha, I tell you, baru mrs pip tau, our kids not so fast-food type ... kuang kuang kuang .... yang cakoi tu habis sekeping dorang berdua kerjakan ... dorang cakap sedap ... hash brown tu ok, dorang makan laju ja ... lepas tu siap insists mau minum teh, but mrs pip dah siap2 sediakan ribena dorang, so no tea for the kids.


since budak berdua ni macam tak layan sangat breakfast mcD ni kan, so lepas ja dorang habiskan bahagian dorang, mr.Husband baik hati pinjamkan phone sekejap untuk dorang layan tengok video firefighter kegemaran dorang berdua. while mr.Husband and I, we were having happy time minum kopi dan teh sambil makan chicken mcmuffin dan kongsi makan cakoi ...

tea for me, 
coffee for mr.Husband

walaupun tak dapat makan bubur, but I'm ok. bukan mengidam sangat pun, kalau ada then I'm happy, kalau tiada bubur tu, I'm ok saja .... tu sajalah cerita breakfast kitorang kat mcD ... time kitorang nak kluar dah dari mcD tu, memang boleh tahan ramai juga pelanggan mcD sedang berbaris menunggu giliran T_T

thanks for reading.

have a nice day everyone.

iklan sekejap
jangan lupa join segmen bloglist mrs pip, tarikh tutup 20/7/17
klik banner untuk join T_T


cheers.

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017