hi there,

ni memang entry lapuk sangat T_T

hari tu 31/Mei , mrs pip berkesempatan bertemu BFF mrs pip untuk berbuka puasa bersama, teehee. memang happy sangat mrs pip nak jumpa BFF sorang ni. so awal2 lagi dah plan nak jumpa time cuti sekolah, almaklumlah BFF ni seorang guru.

BFF mrs pip ni nama dia Fran, so selain Fran, ada seorang lagi kawan lama kitorang nak join sekaki melepak bersama ... of course mrs pip bertambah tambah double the happiness tau. kawan sorang ni nama dia Suzane, dia pun jadi guru juga :) ...

Fran ni, she was the 2nd stranger yang mrs pip jumpa dalam flight dari KK ke Subang (after Dennis) waktu tu untuk sambung pengajian kat Kelana Jaya :) ... dari pertemuan dalam flight, siapa sangka kami menjadi room-mate + course mate , muehehe ... cantiknya cara Allah temukan kami dan bentuk our friendship kan ...

Sungkai bersama sahabat lama ; Fran & Suzane

lepas tu, masuk tahun kedua kolej, mrs pip ditakdirkan menjadi room-mate Suzane pula, tapi kitorang bukanlah course mate ... mrs pip n Fran time tu still living together,cuma Fran dah pindah ke bilik sebelah ... but, kitorang still BFF time tu, geng karas :)

then lepas study di kolej, masa untuk masuk U pula ... Fran stay berdepan bilik ja dgn mrs pip, while mrs pip still ber-room-mate dgn Suzane, muehehe ... 3 semester pertama kat U tu, Suzane lah room mate setia mrs pip, then masuk sem seterusnya, Suzane pilih nak stay luar kampus :( so I am sad. ye lah kan, dah bertahun jadi room-mate tetiba kena berpisah ....

Sungkai bersama sahabat lama ; Fran & Suzane
mana makanan ? ndak sabar budak berdua ni mau makan.

Fran course lain, Suzane course lain, mrs pip pun course lain, tapi boleh ja lepak sama sama time di U. ya lah, kan dah saling kenal mengenali ... kalau Fran tu, even dah habis study, kitorang still lepak sama2 selalu before mrs pip kawin ... sesekali having meal together, tengok movie, snorkeling kat pulau ...

and Suzane pula, ni kali ke-2 mrs pip jumpa dia since kitorang habis study! mak oi, gila lama sangat tak jumpa Suzane, cuma sesekali ber-SMS je lah tanya2 khabar ... and thanks now we have Whatsapp kan  ...

Sungkai bersama sahabat lama ; Fran & Suzane
Eh, mcm berjanji pula Fran n Suzane berbaju serba merah

iftar hari tu mrs pip lepak dengan mereka berdua ni kat one of the restaurant kat Kepayan Perdana, lil' armies n mr.Husband pun ada, cuma mr.Husband duduk meja sebelah, nak layan lil' Iman yang banyak songeh + grumpy a bit ... mr.Husband mmg biasa dengan Fran, cuma dgn Suzane ni 1st time jumpa ...

happy sangat sesekali dapat lepak2 dengan kawan kawan lama. banyak lah juga cerita kitorang saling update -mengupdates .... next time should lepak with Linda, one of our geng karas ... hari tu tak sempat nak ajak Linda datang :) *sorry geng, peace* ...

to Fran n Suzane, I'm so happy meeting you two, and we should go melepak lagi nnt cuti sekolah hujung tahun ni, insya allah ... let's celebrate our 20 years of friendship!

Cheers.

Post a Comment

10 Comments

  1. Kalau jumpa gang yang dah lama tak jumpa memang excited.
    Mesti macam-macam cerita keluar hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul tu mrs A ... mcm2 stori ada, lepas tu lepak sampai berjam jam kan ...

      Delete
  2. memang masa zaman uni, roomate kita antara kawan yang paling rapat.lagi pulak kalau kte masuk sorang2 tak kenal sesape. Semoga persahabatan sentiasa kekal dan diberkati

    ReplyDelete
  3. Seronokkan dapat jumpa sahabat lama. Rindunya.. Moga persahabatan yang terjalin sentiasa kekal hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy sgt dapat jumpa kawan2 lama, dah lah semua sekarang busy dgn urusan masing2 ...so, kena tunggu time semua cuti baru dpt melepak :)

      Delete
  4. Kawan mrspip tu muka mcm kawan sy. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, ya ka ? ....
      pelanduk dua serupa la ni ...

      Delete
  5. memang kalau jumpa geng lama memang dari pagi smpai ke malam ndak habis cerita..

    ReplyDelete
  6. Tentu seronok jumpa kawan lama yang dh bertahun2 berpisah.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.